Friday, December 11, 2009

Ajaibnya Air Mata

Adakah menangis tidak ada guna..adakah orang yang selalu menangis tidak sihat?, manja?, mengada-ngada?, banyak air mata? dan lain-lain. Sebenarnya menangis boleh menjadi ubat yang amat mujarab untuk kesihatan tubuh dan akal fikiran..





1. Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria


Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood


Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.





4. Mengeluarkan racun


Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.


5. Mengurangkan stress


Bagaimana menangis dapat mengurangkan stres ? Air mata dapat mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Membina ukhwah


Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.



7. Melegakan perasaan


Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

1 comment: